Tuesday 13 May 2014

Apa itu Perancangan Bandar dan Wilayah ?


Assalammualaikum....

Entry kali ni nak share sikit pasal kerjaya bidang Perancangan Bandar & Wilayah..memandangkan sy menuntut dlm bidang or jurusan ini..ramai yg tertanya-tanya profession ini ....pada ketika dahulu ianya dikenali sebagai Perancangan Bandar dan Desa ....Diploma Perancangan Bandar & Wilayah?Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah?pernah dengar tak? Bidang ni terletak di bawah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur. Semasa di sekolah, saya adalah pelajar aliran  Perakaunan dan pada masa tu tertanam juga niat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Perakaunan ni ...sudah semestinya akan lebihkan permohonan dalam bidang Perakaunan ni ..tapi apabila keputusan UPU keluar ..saya dapat Diploma in Business Management at Politeknik Muadzam Shah Pahang ..tapi kemasukan dia bulan Disember ....sementara menunggu kemasukkan tu saya bekerja ...beberapa bulan kemudian saya juga ada memohon ke  UiTM sesi 2 ..Pilihan pertama saya adalah dalam Bidang Perakaunan dan yang kedua dalam Bidang ni ..Sebenarnya dulu saya pun tak tahu apa tu Perancangan Bandar dan Wilayah ...cikgu saya yang sarankan untuk apply bidang ni ...so saya dapat panggilan temuduga dan saya dapat bidang ni di UiTM..saya lebih meilih UiTM kerana kemasukkan dia lebih awal dari Politeknik dan saya memilih bidang ni sebab nak belajar perkara yang baru walaupun saya tak pernah tahu ..di UiTM,..Bidang ni hanya ada di UiTM Kampus Seri Iskandar Perak untuk Diploma dan UiTM Kampus Shah Alam untuk Degree ke atas ....


OK, apa yg saya ingin katakan di sini mereka yang terlibat secara langsung dengan tugas yang berat lagi mencabar ini ialah Perancang bandar dan wilayah. Apakah sebenarnya tugas sebagai perancang bandar dan wilayah? Sebenarnya, pekerjaan ini merangkumi penyediaan pelan-pelan pembangunan kawasan-kawasan bandar, wilayah atau kawasan luar bandar. Pembukaan dan pembangunan sesuatu kawasan seperti bandar-bandar baru dan kawasan-kawasan penempatan memerlukan perancangan, susun atur serta pelan yang sistematik. Ini bertujuan mengelakkan sesebuah kawasan yang dibangunkan itu mendatangkan masalah dalam jangka panjang seperti kesesakan , pencemaran serta pembangunan persekitaran yang tidak teratur.


Mereka juga terlibat dalam penyediaan pelan-pelan tempatan yang lebih terperinci yang sangat diperlukan untuk kawalan pembangunan. Selain itu, sebagai perancang mereka bertanggungjawab menterjemah dasar dan aspirasi kerajaan ke dalam pembangunan penempatan supaya selesa didiami rakyat.Dalam menjalankan tugasnya seorang jururancang dibantu oleh pembantu teknik dalam kerja-kerja seperti melukis dan mewarna pelan, membuat kajian tapak, mengumpul dan memproses data serta lain-lain kerja berkaitan. Kursus perancangan bandar dan wilayah yang ditawarkan di universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan bertujuan melatih dan mengeluarkan jururancang bandar dan wilayah yang diperlukan negara. Selain itu, ia bertujuan membentuk dan memperkembangkan suatu rangka pendidikan yang sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara pada masa kini dan akan datang.


Semasa pengajian pelajar akan didedahkan berkaitan bidang ini termasuk teori perancangan, prinsip dan amalan, undang-undang, teknik-teknik perancangan, mereka bentuk serta pengetahuan asas perancangan. Pengajian ini juga menitikberatkan tentang kefahaman yang berkaitan perancangan seperti aspek geografi, alam sekitar, ekonomi, kejuruteraan, ukur tanah, pengurusan serta sains asas. Tapi, kemahiran melukis satu kelebihan untuk pelajar..

Pelajar tidak perlu bimbang dengan peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian di bidang ini. Ini kerana lulusannya mempunyai peluang kerjaya yang baik di mana pelajar boleh bekerja di jabatan atau agensi kerajaan termasuk Perbadanan Pembangunan Bandar, Dewan Bandaraya, majlis-majlis perbandaran, Perbandaran Pembangunan Bandar (UDA), serta Lembaga Kemajuan dan Pembangunan Wilayah. Selain itu lulusan di bidang ini boleh berkhidmat dengan firma-firma swasta di bidang perancangan dan pelaburan harta benda.




P/S: Jangan bimbang walaupun dapat kos ini..teruskan minat dan belajar..lama kelamaan bila dah terbiasa, rasa minat itu akan datang..so..good luck..=)

Tuesday 6 May 2014

Semester 3 di UiTM Seri Iskandar Perak

Assalammualaikum semua ..


Haishh ..rasa lama pulak tak update kat sini ..
berabuk dah .hahha


Kali ni aku nak cerita pengalaman aku dan rakan rakan seperjuangan di semester 3 UiTM Seri Iskandar Perak.
Ada suka ada duka ,biasalah hidup as a student ni . Pengalaman yang mematangkan kita. Apa yang penting hati kene kuat.
Menjadi perkara biasa sebagai student Town Planning ni tak reti duduk diam . ada je site yang nak di kajinya...nama pun belajarkan xD tapi serius best ..semester ni dalam subject Planning Project kami pergi...........MELAKA ! Bandar bersejarah..masa lawatan kami tu 4 hari 3 malam ..Perak - Melaka ..jauh tuu..hee ouh lupa pulak kat Melaka tu kami buat kajian dekat area Jasin..dekat dekat dengan UiTM Seri mendapat/Semujok (Kampus Baru Melaka).dengan keluasan kawasan 267.20 Acre. Dalam kawasan tu terbahagi pulak kepada 3 kawasan yang akan di bangunkan mcm Perumahan , Perdagangan dan Perindustrian .....
apa lagi prepared barang barang untuk ke site..Checklist ..Survey Form...and another equipment ..
Bila dapat map tapak kajian tu terus buat muka..what? tapak petak lagi ? then permukaan pun tak mencabar....lepas buat perbincangan dengan studio master ..dia ambiknya contour kawasan kat Kedah ..apa boleh buat ikut je lahh ..hahhaa ..
hari Pertama ..kami pergi ke kawasan kajian sekejap ..nak tengok tengok keadaan sebelum melanjutkan perancangan seterusnya..dekat sana kami tinggal dekat Homestay kampung Alai ..buat kajian jauh jauh ni payah sikit ..yelah mana nak dapatkan info pasal tapak tu lagi ..kene pergi jabatan sana jabatan sini ..

As a group ..kene decide sape yang nak pergi cari maklumat ...sape yang nak pergi ke tapak ...dah decide decide...aku lah pergi cari maklumat tu ..hahaha kalau kat Melaka ni senang sikit ...sbb dia dah pusatkan semua jabatan jabatan kerajaan kat satu tempat ...dekat MITC ( Mallaca International Trade Centre ) concept kat situ memang cantik ..dia menggunakan concept Honeycomb...yang pergi ..aku haziq adiba dengan sya ..bawak haziq sbb dia orang melaka so dia lebih tahu jalan kat situ ..kalau pergi sorang mau tak baliknya nanti ..hahaha..
then setiap malam ada presentation pasal apa yang kami dapat dekat tapak kajian ..sampailah hari ke 2..malam hari ke 3 tu ..kami buat BBQ and petandingan Karaoke ! yang masuk ramai jugak tapi Top 3..Haziq ...Adiba dengan Aku ....hihi ..No 3 pon jadilah ..hadiah Hamper je ..dalam bilik bedal reramai ..Hari last tu lect bawak pegi melawat beberapa tempat kat melaka ni ..kami pegi apa ntah nama tempat tu ..lupaa..hahahha tempat shopping ..kapal selam ,,and kira muzium lah tu ..yang ada tempat perigi hang tuah ......





















Hah ..yang tadi tu untuk studio ..kali ni nak cerita pasal subject Geographical Information System ..subject ni die lebih kepada mengumpul data.. untuk subject ni site dia dekat Kuala Lumpur selama 2 hari 1 Malam …bila smpai je dekat homestay tengok dari luar ..mukanya jadi mcm ni :3 ..bila dah masuk ..fuhh mcm condo beb ..hahah bukak tingkap ..nampak KLCC ..hee ..rehat punya rehat..
malam tu kami bebas nak buat pape ..so budak budak ni ajak jalan jalan pegi Times Square… pegi ramai ramai ..ada jugak yang tak ikut ..orang duk pelik je sbb tgk kami menapak reramai ..hahha.. biasalah tu ..lepas pegi Times Square ..kami lepak dekat depan KLCC..yang tak boleh go nya dieorng siap buat video perasmian penyentuhan banggunan KLCC dengan pertama kalinya ..ahahhaa ..serius bedekak ..lepas dah puas lepak tu ..apa lagi ..makan time..lapar bukan main lagi ..kami pergi makan dekat depan homestay je ..then balik tidur …tapi aku tak ..biasalah lelaki kan ..time mlm mlm lepak lah layan jiwa..hahhaa
Keesokkan harinyaa..kami di bawa untuk ke JUPEM ( Jabatan Ukur dan Pemertaan Malaysia ) Bersebelahan dengan Universiti Teknologi Malaysia ..tujuan pegi situ untuk tahu lebih detail mcm mana JUPEM ni buat Plan ….then ada sedikit taklimat yang diberikat oleh pegawai yang bertugas pasal orang yang kerja kat JUPEM ni mcm mana kerja dia ..mcm mana dia ukur keluasan tanah and lain lain..Petangnya pulak ..pegi ke KLCC untuk mencari data data untuk kawasan kajian untuk di kemaskini menggunakan MAP INFO ..and the end of the class..Lect suka dengan pembentangan kami ! hahaha serius dia cakap " Objective saya tercapai"

kalau dengan lect ni ..memang tak dapat nak bejalan sgt lah ..bila dah habis tu ..terus balik .. :3
tapi serius memang enjoy ! :D 



Thanks for Reading ! :D
This is Our Memories in this semester ~