Tuesday 13 May 2014

Apa itu Perancangan Bandar dan Wilayah ?


Assalammualaikum....

Entry kali ni nak share sikit pasal kerjaya bidang Perancangan Bandar & Wilayah..memandangkan sy menuntut dlm bidang or jurusan ini..ramai yg tertanya-tanya profession ini ....pada ketika dahulu ianya dikenali sebagai Perancangan Bandar dan Desa ....Diploma Perancangan Bandar & Wilayah?Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah?pernah dengar tak? Bidang ni terletak di bawah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur. Semasa di sekolah, saya adalah pelajar aliran  Perakaunan dan pada masa tu tertanam juga niat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Perakaunan ni ...sudah semestinya akan lebihkan permohonan dalam bidang Perakaunan ni ..tapi apabila keputusan UPU keluar ..saya dapat Diploma in Business Management at Politeknik Muadzam Shah Pahang ..tapi kemasukan dia bulan Disember ....sementara menunggu kemasukkan tu saya bekerja ...beberapa bulan kemudian saya juga ada memohon ke  UiTM sesi 2 ..Pilihan pertama saya adalah dalam Bidang Perakaunan dan yang kedua dalam Bidang ni ..Sebenarnya dulu saya pun tak tahu apa tu Perancangan Bandar dan Wilayah ...cikgu saya yang sarankan untuk apply bidang ni ...so saya dapat panggilan temuduga dan saya dapat bidang ni di UiTM..saya lebih meilih UiTM kerana kemasukkan dia lebih awal dari Politeknik dan saya memilih bidang ni sebab nak belajar perkara yang baru walaupun saya tak pernah tahu ..di UiTM,..Bidang ni hanya ada di UiTM Kampus Seri Iskandar Perak untuk Diploma dan UiTM Kampus Shah Alam untuk Degree ke atas ....


OK, apa yg saya ingin katakan di sini mereka yang terlibat secara langsung dengan tugas yang berat lagi mencabar ini ialah Perancang bandar dan wilayah. Apakah sebenarnya tugas sebagai perancang bandar dan wilayah? Sebenarnya, pekerjaan ini merangkumi penyediaan pelan-pelan pembangunan kawasan-kawasan bandar, wilayah atau kawasan luar bandar. Pembukaan dan pembangunan sesuatu kawasan seperti bandar-bandar baru dan kawasan-kawasan penempatan memerlukan perancangan, susun atur serta pelan yang sistematik. Ini bertujuan mengelakkan sesebuah kawasan yang dibangunkan itu mendatangkan masalah dalam jangka panjang seperti kesesakan , pencemaran serta pembangunan persekitaran yang tidak teratur.


Mereka juga terlibat dalam penyediaan pelan-pelan tempatan yang lebih terperinci yang sangat diperlukan untuk kawalan pembangunan. Selain itu, sebagai perancang mereka bertanggungjawab menterjemah dasar dan aspirasi kerajaan ke dalam pembangunan penempatan supaya selesa didiami rakyat.Dalam menjalankan tugasnya seorang jururancang dibantu oleh pembantu teknik dalam kerja-kerja seperti melukis dan mewarna pelan, membuat kajian tapak, mengumpul dan memproses data serta lain-lain kerja berkaitan. Kursus perancangan bandar dan wilayah yang ditawarkan di universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan bertujuan melatih dan mengeluarkan jururancang bandar dan wilayah yang diperlukan negara. Selain itu, ia bertujuan membentuk dan memperkembangkan suatu rangka pendidikan yang sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara pada masa kini dan akan datang.


Semasa pengajian pelajar akan didedahkan berkaitan bidang ini termasuk teori perancangan, prinsip dan amalan, undang-undang, teknik-teknik perancangan, mereka bentuk serta pengetahuan asas perancangan. Pengajian ini juga menitikberatkan tentang kefahaman yang berkaitan perancangan seperti aspek geografi, alam sekitar, ekonomi, kejuruteraan, ukur tanah, pengurusan serta sains asas. Tapi, kemahiran melukis satu kelebihan untuk pelajar..

Pelajar tidak perlu bimbang dengan peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian di bidang ini. Ini kerana lulusannya mempunyai peluang kerjaya yang baik di mana pelajar boleh bekerja di jabatan atau agensi kerajaan termasuk Perbadanan Pembangunan Bandar, Dewan Bandaraya, majlis-majlis perbandaran, Perbandaran Pembangunan Bandar (UDA), serta Lembaga Kemajuan dan Pembangunan Wilayah. Selain itu lulusan di bidang ini boleh berkhidmat dengan firma-firma swasta di bidang perancangan dan pelaburan harta benda.




P/S: Jangan bimbang walaupun dapat kos ini..teruskan minat dan belajar..lama kelamaan bila dah terbiasa, rasa minat itu akan datang..so..good luck..=)